awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak penggal kepala bapa didakwa

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2018
08:30 MYT
Anak penggal kepala bapa didakwa
Poh Khoon didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian You Su Kim, 74 tahun, antara jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang di Khantan Baru pada 9 Oktober lalu. - Foto Sinar Harian
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas tuduhan membunuh bapanya di sebuah rumah di Chemor, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada You Poh Khoon, 52 tahun, ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.
Poh Khoon didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian You Su Kim, 74 tahun, antara jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang di Khantan Baru pada 9 Oktober lalu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa PDRM, Asisten Superintendan Zuraidah Mohd Noor mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Zuraidah turut memohon tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian selama sebulan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#bapa
#bunuh
#Hospital Bahagia Ulu Kinta
#mahkamah
#Majistret Ipoh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#You Poh Khoon
#You Su Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan