Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika sedang cuba mencuri motosikal di sini baru-baru ini.
Rosly berkata remaja lelaki berusia 16 tahun berkenaan yang merupakan anak kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen ditangkap bersama seorang lagi remaja berusia 18 tahun.
"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka mengaku tidak bersalah.
"Perbicaraan ditetapkan pada Feb 2016," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supt Mak Pak Chuai yang bersara hari ini, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, DSP Rudy Abdullah.
Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.
Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Dis, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.
Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai.
Bernama
Thu Dec 31 2015
Remaja lelaki berusia 16 tahun berkenaan yang merupakan anak kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen. - Gambar Hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak penyanyi era 80-an ditangkap curi motosikal
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika sedang cuba mencuri motosikal di sini baru-baru ini.