awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu

Bernama
Bernama
09/09/2018
22:39 MYT
Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu
Ketika kejadian, Aban yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza, bertindak memotong sebuah kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan, menyebabkan berlaku kemalangan. - Gambar hiasan
Seorang maut manakala dua cedera apabila dua buah kenderaan bertembung dalam kemalangan di Batu 20 Jalan Bintulu-Miri pukul 5.25 petang Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, Carine Chieng, 18, pelajar perempuan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), maut di lokasi kejadian manakala ibunya yang juga pemandu, Aban Hanyek, 48, cedera.
"Seorang lagi yang cedera ialah Rosdy Achan, 24, pemandu lelaki yang memandu Perodua Myvi," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Alexson berkata ketika kejadian, Aban, seorang surirumah, yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri, bertindak memotong sebuah kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku kemalangan.
"Kedua-dua mangsa cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexson Naga Chabu
#Bintulu
#cedera
#kemalangan
#maut
#Miri
#OUM
#pelajar
#Universiti Terbuka Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan