SHAH ALAM: Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin hadir ke Dewan Rakyat untuk mencabut plat nama ayahnya pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Fatihah meluahkan rasa sayu dan sebak kerana terkenangkan arwah ayahnya.
“Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.
“Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.
"Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai,” luah anak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu.
"Parlimen telah menjadi satu keluarga besar buat ayah. Menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).
“Secara peribadi, Parlimen adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof 2018-2020.
“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022,” katanya.
Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut, beliau diberikan kepercayaan oleh bapanya untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen daripada menyediakan soalan-soalan bagi pertanyaan jawab lisan sehinggalah membuat usul.
“Bagi pihak ayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia dan sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat.
“Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat,” kata Fatihah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 08 2023

Fatihah mencabut plat nama arwah ayahnya di Parlimen pada Selasa. Plat tertera nama Allahyarham Salahuddin Ayub
A.S salahkan Hamas peperangan kembali meletus di Gaza
Amerika Syarikat menyalahkan Hamas atas kematian terkini di Gaza susulan kegagalan mencapai persetujuan gencatan senjata yang dikemukakan Washington kepada Majlis Keselamatan PBB.
Israel dakwa bunuh ketua risikan Hamas
Israel mendakwa Ketua Risikan Ketenteraan Hamas, Osama Tabash, terbunuh dalam serangan udara di Gaza Selatan sebagai sebahagian daripada operasi memburu pimpinan utama kumpulan itu.
Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, cadangkan agar pasukan pengaman antarabangsa di Palestin direalisasikan.
11 wanita hamil antara 2,400 mangsa sindiket penipuan di Myanmar
11 wanita hamil antara 2,400 mangsa penipuan dan perdagangan manusia yang diselamatkan dari pusat penipuan haram di Myanmar.
Pelancong Australia maut, dua cedera bot terbalik di Bali
Seorang pelancong Australia maut manakala dua lagi cedera selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar, di Bali.

2 juruterbang Korea Selatan digantung tugas setahun selepas pengeboman tidak sengaja
Tentera Udara mendakwa kedua-dua juruterbang atas tuduhan kecuaian menyebabkan kecederaan serta menjalankan semakan kelayakan mereka.

80,000 rakyat Palestin tunai solat Ramadan di Al-Aqsa walaupun berdepan sekatan Israel
Kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat sempena Ramadan di Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis Timur.

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.