Teoh El Sen
Sat Mar 22 2014
KUALA LUMPUR: Kerana dibayangi tumpuan yang diberikan kepada pesawat penerbangan MH370 yang masih hilang, sesetengah orang sampai menyifatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada Ahad sebagai 'acara yang tidak penting'.
Kepada pemerhati dan penganalisis politik, keputusan pilihan raya kecil itu sudah hampir tidak perlu dipertikaikan.
Hampir tidak diragukan lagi bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menang pemilihan ini. Sekiranya pandangan pakar boleh dipercayai, apa yang hendak ditentukan sekarang ialah berapa besar majoritinya — daripada setiap undi yang mahu direbut antara beliau dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Bagaimanapun, tanyalah kepada petugas kempen di serata Kajang, terutamanya dari Pakatan Rakyat, dan mereka akan memberitahu ada taruhan yang lebih besar di sebalik kerusi DUN ini. Ini bukan hanya soal Kajang, kata mereka.
Tetapi bagaimanakah kemenangan yang dijangka akan memihak kepada Wan Azizah ini akan "jadi sejarah" untuk partinya dan Pakatan Rakyat, seperti yang didakwa oleh penyokongnya?
Apakah yang jadi taruhan di sini terutama kepada lawannya yang disifatkan sebagai underdog, MCA dan BN secara keseluruhannya?
Menjenguk semula ‘langkah Kajang’
Episod drama Kajang ini bermula pada Januari apabila wakil rakyat penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan dan dengan dengan serta merta memaksa diadakan sebuah pilihan raya.
Keputuan Lee dibuat ketika seteru antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semakin memuncak.
Ia dicetuskan antara lainnya susulan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pakatan terhadap Khalid terutamanya berhubung isu kalimah Allah dan serbuan serta rampasan kitab Bible.
Dalam langkah yang dilihat untuk meredakan ketegangan kedua-dua pihak, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bertanding di kerusi yang kosong itu.
Bagaimanapun langkah itu tidak disenangi termasuk di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. PKR dituding sengaja merancang pilihan raya kecil ini sebagai muslihat politik peribadi sementara pengkritik melaungkan soal wang yang terbazir untuk satu acara politik yang 'tidak bermakna'.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pemilihan ini menelan belanja sehingga RM1.6 juta — lebih 10 peratus daripada RM15.6 juta yang dibelanjakan dalam 20 pilihan raya kecil sejak 2008.
Tanpa mempedulikan kritikan keras itu, Pakatan Rakyat merapatkan barisan dan mengumumkan "Langkah Kajang". Dalam rancangan yang kemudiannya disebut sebagai pelan "Kajang, jalan ke Putrajaya" itu, Anwar dikatakan akan jadi menteri besar untuk menyelamatkan Selangor dan melonjakkan Pakatan Rakyat lebih dekat untuk mengambil alih Putrajaya. Khalid pula, dikatakan, akan berundur.
Pelan itu, secara mudahnya, strategi yang bijak tetapi agak sukar untuk diterima oleh umum.
Selebihnya, tidak semua orang setuju. Khalid mengejutkan pengkritiknya dengan menunjukkan taring politik beliau apabila enggan meletakkan jawatan. Beliau kemudian menambah garam pada luka apabila mengumumkan akan bertanding merebut jawatan nombor dua dalam PKR mencabar Azmin.
Di tengah perselisihan pandangan tentang siapa yang lebih bagus untuk jadi menteri besar, dua tinjauan pendapat memberikan gambaran yang berbeza: pertama oleh Pusat Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (UMCEDEL) mnakala satu lagi kajian yang lebih kecil yang dibuat oleh Universiti Selangor (Unisel).
Dalam tinjauan pendapat UMCEDEL, majoriti pengundi Kajang tiada masalah dengan pilihan raya yang dipaksa itu, dengan 59% mengatakan mereka mahu Anwar menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Kajian Unisel pula bagaimanapun menunjukkan 63% daripada responden tidak setuju Khalid digantikan.
Satu lagi kajian pendapat oleh CENSE malah memberikan pecahan kaum berhubung isu itu: 60% daripada pengundi Melayu di Kajang memilih Khalid sebagai Menteri Besar manakala 70% pengundi Cina mahukan Anwar dan 50% pengundi Melayu pula tidak kisah kalau menteri besarnya datang daripada PAS.
Hari ini jadi calon, esok tidak
Bagaimanapun pada 7 Mac, peratusan sokongan itu tidak bermakna lagi kerana naratif 'menteri besar' itu berubah dengan mendadak. Hanya beberapa hari sebelum penamaan calon, Mahkamah Rayuan memutuskan menerima rayuan pihak pendakwa raya dan mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar yang didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun secara automatik hilang kelayakan untuk bertanding kerusi DUN Kajang.
Keputusan mahkamah itu kemudian merosakkan pelan besar Pakatan Rakyat. Pakatan itu dipaksa untuk melupakan dilema siapa hendak jadi menteri besar dan memajukan Wan Azizah untuk bertanding di Kajang menggantikan tempat Anwar.
Anwar tidak bersendirian. Dalam drama yang diberi nama 'Kajang' ini, ada beberapa pelakon tambahan yang datang dan pergi, keluar dan masuk.
Bekas ahli PKR dan UMNO, Datuk Zaid Ibrahim mahu berdebat dengan Anwar atas dasar prinsip tetapi beliau kemudiannya menarik diri daripada mencalonkan diri dan seterusnya menyatakan sokongan kepada BN. Penyanyi dangdut Herman Tino menggelar Anwar sebagai "lipas" tetapi dia juga kemudiannya menarik diri. Bekas pembantu undang-undang Anwar, Yuktes Vijay mahu mendedahkan tembelang bekas majikannya itu tetapi apa yang beliau mahukan itu datang melalui keputusan mahkamah yang memihak kepada Saiful.
Setelah semua calon bebas menarik diri daripada bertanding, apa yang tinggal ialah calon BN veteran MCA, Chew yang bertarung satu lawan satu dengan Wan Azizah.
Apa nasib MCA selepas Kajang?
Berdasarkan laporan sesetengah media, Chew sudah bekerja keras — kalau pun mungkin tidak cukup keras, berbanding Wan Azizah.
Kalau orang menggelarkan Anwar sebagai gergasi, Wan Azizah boleh diibaratkan sebagai sebuah 'gunung' yang hampir mustahil untuk ditakluk terutamanya ketika sentimen umum bersimpati dengan beliau berhubung kes liwat yang dihadapi oleh suaminya itu.
Umpan MCA yang mahu menggambarkan Chew sebagai bakal suara tunggal kaum Cina di blok pembangkang di DUN Selangor kini bersaing dengan mesej yang lebih besar yang dilemparkan oleh DAP minggu ini: Wan Azizah bakal perdana menteri.
Usul yang cukup memikat itu iaitu perdana menteri wanita pertama, dan dilaungkan bersama jeritan slogan Reformasi 2.0, diadukan dengan rayuan Chew yang hanya sekadar berbunyi "berikan saya peluang untuk berkhidmat".
'Senjata sulit' Chew hanyalah hakikat bahawa beliau, secara relatifnya, akan ada banyak masa untuk berkhidmat — menyelesaikan masalah pengangkutan awam dan banjir bersama-sama jentera BN yang mempunyai dana yang besar. Chew malah berjenaka dengan mengatakan beliau ada kelebihan kerana tidak bersuami.
Oleh kerana kedua-dua calon itu sendiri sudah yakin dengan keputusan yang akan ditentukan oleh pengundi di Kajang, maka tidak hairanlah apabila para akademik memutuskan kemenangan akan memihak kepada Pakatan. Agak susah untuk berhujah dengan penganalisis yang sesetengahnya mengaitkan ramalan MCA akan kalah itu kepada ulangan "tsunami Cina" semasa PRU-13.
Sebuah badan, Politweet sebelum ini menganggarkan peningkatan sokongan pengundi Cina pelbagai peringkat umur dan kemerosotan sokongan pengundi Melayu yang berumur 43 tahun ke atas kepada Pakatan.
Kaji selidik Unisel pula mengatakan 76 peratus pengundi yakin Wan Azizah akan menang berbanding 24 peratus yang berpendapat Chew yang akan menang.
Kaji selidik badan pemikir CENSE pula menunjukkan pemimpin PKR itu mendapat sokongan yang selesa di kalangan pengundi Cina yang 82 peratus daripadanya mengharapkan beliau menang manakala 67 peratus pengundi India juga meletakkan harapan yang sama.
Pengundi di Kajang berjumlah 39,278, dengan 8,923 Melayu (48.5 peratus), 3,960 India (10.2 peratus), 15,791 Cina (40.5 peratus) dan lain-lain 356 (0.9 peratus).
Dalam pilihan raya umum pada Mei tahun lalu, Lee mengekalkan kerusi itu untuk PKR dengan mengalahkan calon MCA, Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru.
Bagi MCA, ini adalah pemilihan yang penting kerana inilah kali pertama ia diuji selepas prestasi paling buruk semasa PRU-13. Jumlah undi yang diperolehinya akan jadi cerminan bukan saja terhadap kepimpinan presidennya yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai tetapi juga sejauh mana relevannya parti kaum Cina itu dalam BN dan kepada orang Cina dan rakyat Malaysia.
Dengan harapan tipis untuk meraih undi daripada pengundi Cina dan sebaliknya ada pelung lebih cerah untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu, MCA mungkin berhadapan keputusan lebih buruk. Kesannya nanti, selepas ini ia mungkin tidak lagi berhak untuk menuntut kerusi Kajang sebagai bahagian agihan untuk parti itu.
Bagi Wan Azizah, tiga kaji selidik berbeza meletakkan jangkaan undi majoriti masing-masing pada 7,000, 10,000 dan 12,000 undi. Tetapi sama ada beliau akan dapat undi lebih banyak atau tidak daripada Lee, bagaimana beliau berkhidmat akan jadi lebih penting kepada rakyat.
Itu satu soalan yang semua pengundi mahu tahu: Apa langkah seterusnya selepas langkah di Kajang ini?
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Analisis: Gerak selepas 'Langkah Kajang'
Kepada pemerhati dan penganalisis politik, keputusan pilihan raya kecil itu sudah hampir tidak perlu dipertikaikan.
Muhyiddin rayu pengundi Kajang pilih calon BN sebagai wakil rakyat
Selain tidak berhasrat menjadi menteri besar, Chew juga memiliki rekod cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di samping mempunyai integriti yang tinggi.
PM harap pengundi Kajang dapat beri kemenangan kepada calon BN
Perdana Menteri menarik perhatian bahawa PRK itu dikaitkan dengan apa yang dipanggil 'Kajang Move', dirancang PKR bagi kepentingan politiknya.
Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen
Chew berkata pengalamannya sebagai Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara banyak membantunya dalam berkempen.
PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.