awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco

Bernama
Bernama
26/10/2024
13:30 MYT
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
S. Sundarajoo berkata pemeriksaan awal mendapati bendasing itu mengandungi kekotoran yang memerlukan analisis lanjut. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang Datuk Seri S. Sundarajoo.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati bendasing itu mengandungi kekotoran yang memerlukan analisis lanjut dan kerajaan negeri memandang serius sebarang insiden pencemaran kerana memberi kesan kepada ekosistem laut serta kehidupan penduduk.
"Kita perlu tunggu keputusan ujian sama ada ia (bendasing) datang dari laut atau kerja tapak, tetapi buat masa ini kita tidak boleh membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak sehingga punca sebenar diketahui yang kita akan maklumkan kelak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada Khamis lepas berkata beberapa sampel telah diambil di tiga lokasi di pantai berkenaan pada 21 Okt untuk dianalisis.
Media sebelum ini melaporkan keadaan Pantai Esen yang dipenuhi lumpur dan berbau dengan air pantainya berwarna kehitaman, dipercayai ada kaitan dengan projek penambakan yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) Datuk Seri Farizan Darus berkata pihaknya melalui pemaju projek telah menggerakkan 10 pekerja hari ini untuk membantu membersihkan kawasan berkenaan.
"PIC mengambil maklum kebimbangan komuniti berhubung kejadian selut di Pantai Esen dan sementara kerja pembersihan ini dijalankan, PIC juga bekerjasama rapat dengan pakar alam sekitar yang sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memahami punca kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#ekosistem laut
#punca sebenar
#Pantai Esen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan