awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman mafia: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan jumpa ahli perniagaan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2023
10:00 MYT
Ancaman mafia: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan jumpa ahli perniagaan
Tahir (kanan) meluangkan masa berbual bersama Mohammad Azhar (kiri) di kediamannya di Hissari Nehri, Pakistan. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia berasal dari Pakistan, Datuk Mohammad Tahir Rahat yang berhadapan dengan ancaman mafia di negara berkenaan memaklumkan bahawa beliau telah dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sana, Mohammad Azhar Mazlan pada Khamis.
Jelas Mohammad Tahir, menerusi pertemuan di kediamannya di daerah Hissari Nehri, Pakistan itu, beliau telah memaklumkan segala situasi yang terjadi kepadanya.
“Alhamdulillah, Mohammad Azhar juga telah memaklumkan bahawa mereka akan cuba sedaya upaya membantu mengenai isu keselamatan saya dan keluarga.
“Jadi, sekarang ini, saya gesa kepada kerajaan Malaysia supaya bantu mendesak pihak kerajaan Pakistan untuk bertanggungjawab berhubung keselamatan kami di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Baru-baru ini, Mohammad Tahir telah menyuarakan bantuan daripada Wisma Putra selepas kediaman mereka di negara berkenaan dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan pada Ahad.
Tambah beliau, seramai 200 orang mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumahnya sekitar jam 7 pagi.
Ujarnya, kumpulan tersebut turut bertindak menutup semua jalan keluar masuk ke kediamannya itu dari jam 7 pagi hingga 7 petang supaya tiada bantuan dapat diberikan.
Serangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mafia berkenaan yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun.
Jelasnya, kumpulan itu kini telah menempatkan puluhan orang suruhan mereka di tanah berkenaan berjarak 50 ke 100 meter dari rumahnya bagi memerhati setiap gerak-geri yang berlaku. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan malaysia
#Mohammad Tahir Rahat
#diancam mafia
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan