awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman siber KLIA: Siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas

Bernama
Bernama
25/03/2025
12:38 MYT
Ancaman siber KLIA: Siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas
Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap keutamaan mereka. - Gambar fail
SEPANG: Siasatan menyeluruh dilakukan segera selepas ancaman keselamatan siber dikesan pada Ahad lepas (23 Mac) yang menjejaskan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam kenyataan bersama hari ini, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah dimaklumkan bagi menilai jenis dan tahap insiden itu.
"Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap keutamaan kami. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi di lapangan terbang bagi memastikan operasi penerbangan dan pemprosesan penumpang terus berjalan seperti biasa.
"Memastikan keselamatan, perlindungan dan integriti sistem lapangan terbang kekal menjadi keutamaan tertinggi pada masa ini. Pasukan teknikal dan operasi giat memantau keadaan dan melaksanakan langkah perlu untuk melindungi infrastruktur dan memastikan penumpang tidak terjejas," katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif NACSA Dr Megat Zulhairy Megat Tajuddin berkata agensi itu mengikuti perkembangan terbabit dengan teliti sejak menerima laporan MAHB pada 23 Mac.
"Kami maklum bahawa operasi di KLIA tidak terjejas dan akan terus memantau situasi dan menyokong MAHB," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa sistem digital MAHB diserang penggodam baru-baru ini yang menuntut bayaran USD10 juta.
Anwar, bagaimanapun berkata kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan penjenayah siber itu selain turut menekankan keperluan untuk memperkukuh sistem negara dengan memperuntukkan pembiayaan tambahan kepada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan
#keselamatan siber
#ancaman siber
#KLIA
#sistem komputer
#MAHB
#NACSA
#CAAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan