awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Andalusia perkenal kempen JIMBA sasar penyertaan satu juta umat Islam

Bernama
Bernama
01/01/2025
00:45 MYT
Andalusia perkenal kempen JIMBA sasar penyertaan satu juta umat Islam
(Dari kiri) Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Ibrahim Mat Sin, Ida Riswana dan Md Daud ketika gimik perasmian JIMBA.COM.MY dan pakej Umrah Andalusia 1447H di Darul Mutaqqin Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Andalusia Travel Tours Sdn Bhd menyasarkan penyertaan satu juta umat Islam bagi merebut 52 hadiah cabutan bertuah sepanjang 2025 melalui platform jimba.com.my yang dilancarkan semalam.
Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel Tours Sdn Bhd Ida Riswana Idris berkata kempen JIMBA bertujuan memperkenalkan Andalusia secara lebih meluas selain mendekati komuniti umat Islam seramai yang mungkin.
"Platform JIMBA ini menawarkan hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 dengan hadiah yang ditawarkan antaranya pakej umrah, jongkong emas dan hadiah utama sebuah kereta jenama BYD Sealion 7.
"Mereka yang mendaftar berpeluang memenangi cabutan bertuah setiap minggu yang akan dibuat secara penggiliran di kesemua 60 cawangan Andalusia dan hadiah kereta akan kita berikan kepada pelanggan Andalusia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen JIMBA dan Umrah Musim 1447H/2025-2026 di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah.
Ida Riswana berkata cabutan bertuah akan diumumkan dalam siaran langsung menerusi media sosial pada setiap Jumaat bermula 8.30 hingga 10 malam.
"Kita berharap kempen JIMBA ini dapat diteruskan dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan sasaran penyertaan 10 juta umat Islam," katanya.
Mengenai pakej umrah yang ditawarkan, beliau berkata harganya bermula RM5,990 dengan pakej yang lebih dinamik serta sesuai mengikut keperluan pelanggan.
Sementara itu, Md Daud berkata kempen JIMBA ini bukan sekadar cabutan bertuah tetapi pada masa sama bertujuan mengurangkan jumlah mangsa penipuan ibadah umrah yang semakin berleluasa.
"Kita tidak mahu orang ramai menjadi mangsa penipuan pakej ibadah umrah, ambil pakej dengan syarikat tidak dikenali dan sebagainya sedangkan kita boleh pilih syarikat yang mempunyai autoriti dan berlesen.
"Jangan dibuat perbandingan dari segi harga kerana harga kita sudah berpatutan dan jemaah kita selama ini pergi dan balik dengan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#andalusia
#JIMBA
#Ida Riswana Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan