PUTRAJAYA: Pendekatan menganggap COVID-19 sebagai satu endemik bukan tanda mengalah terhadap pandemik itu sebaliknya adalah bersifat untuk mengadaptasi diri, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bercakap dalam sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini beliau berkata dengan adanya varian Delta, saintis seluruh di dunia mengatakan bahawa untuk mencapai imuniti kelompok agak sukar disebabkan kemunculan varian baharu.
"Sebab itulah kita (Malaysia) terima hakikat bahawa mungkin pengakhirannya adalah peringkat endemik. Saya sebutkan akhir Oktober (COVID-19) akan dianggap sebagai endemik. Ini banyak bergantung kepada varian dan apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang.
"Andaian saya adalah dengan kadar vaksinasi yang tinggi pada akhir Oktober kita (Malaysia) boleh mula peralihan kepada peringkat endemik. Bukan pada 31 Okt tiba-tiba endemik sepenuhnya," kata beliau.
Perkara itu bergantung kepada tingkah laku masyarakat di negara ini dalam tempoh dua bulan ini, kata Khairy yang mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Saya rasa tidak akan ada negara yang akan menyatakan bahawa penerimaan COVID sebagai endemik adalah mengaku kalah terhadap pandemik," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata proses vaksinasi COVID kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan berjalan serentak dengan pembukaan sekolah yang akan bermula 3 Okt ini.
Beliau berkata proses itu juga akan dikendalikan secara berperingkat dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan menjadi penyelaras kepada program vaksinasi untuk golongan remaja itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Pendekatan menganggap COVID-19 sebagai satu endemik bukan tanda mengalah terhadap pandemik itu sebaliknya adalah bersifat untuk mengadaptasi diri, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
CDC beri amaran potensi kusta beralih jadi endemik di tenggara AS
Pada 2020 hampir 160 kes dilaporkan di seluruh negara, Florida adalah antara penyumbang kes yang paling banyak.
Aidilfitri 2023 meriah, pertama dalam tiga tahun tidak ditetap SOP khas
Tinjauan mendapati kebanyakan jemaah yang hadir memakai pelitup muka seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Malaysia selangkah menuju fasa endemik COVID-19
Tempoh 2022 disifatkan ramai sebagai tahun lembaran baharu bagi Malaysia, apabila berada dalam peringkat peralihan pandemik COVID-19 ke endemik yang diumumkan pada 1 April lepas.
Lebih 185,000 lembu dijangkiti LSD di India
LSD merupakan satu endemik di kebanyakan negara Afrika dan mula merebak ke China dan Asia Tenggara sejak 2019.
Lebih 700 sertai Program Kayuhan Merdeka 2022
Lebih 700 peserta menyertai Program Kayuhan Merdeka 2022, selepas kali terakhir ia dianjurkan di bandar raya ini pada tahun 2018 susulan pandemik COVID-19.
PMKS optimis prospek pertumbuhan
Perusahaan kecil dan sederhana Malaysia yakin akan merekodkan pertumbuhan hasil namun masih khuatir dengan ketidaktentuan ekonomi dan dasar.
Kes cacar monyet meningkat tiga kali ganda - WHO
WHO sahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Penularan tidak dapat dikesan untuk tempoh lama - WHO
Sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Lebih banyak kes akan dikesan secara global
Agensi kesihatan PBB itu meluaskan pengawasan di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet.
COVID-19 bukan lagi perkara yang dibimbang, trend berbelanja kembali meningkat
Rakyat di negara ini tidak lagi meletakkan situasi COVID-19 sebagai satu perkara yang membimbangkan sejak negara mula melangkah masuk ke fasa peralihan endemik.