awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/08/2024
04:40 MYT
Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Trolak Selatan pada Ahad. - Foto PDRM
MUALLIM: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas lalu terlanggar tiang lampu di Jalan Trolak Selatan di sini, pagi ini.
Mangsa, Muhammad Asyraf Haikal Zulkepli, 18, yang bertugas di APM Slim River, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan di simpang masuk Jalan Felda Trolak Selatan itu kira-kira jam 8.15 pagi.
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan di lokasi mendapati, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu kanan jalan.
“Akibat perlanggaran tersebut mangsa terjatuh dan telah meninggal di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Hasni, bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian disebabkan ‘polytrauma secondary to road traffic accident’.
Katanya, mangsa juga dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#APM
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan