awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan

Bernama
Bernama
25/09/2023
09:36 MYT
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Putera Azirul Abdul Aziz, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Putera Azirul Abdul Aziz, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Aini Ahmad, 58, di kuarters Balai Bomba Taman Melati, Wangsa Maju di sini pada 4 petang, 27 Dis 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira faktor kepentingan awam.
Putera Azirul yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia penanggung tunggal keluarga dan mempunyai 14 orang anak termasuk 10 anak tiri.
"Saya bertindak sedemikian (cederakan ibu saudara) kerana keluarga mentua ingin membawa balik isteri saya ke kampung tanpa kebenaran saya dan saya memohon hukuman ringan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota bomba
#kes mahkamah
#cederakan ibu saudara
#ibu mentua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan