awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa

Bernama
Bernama
18/03/2025
07:50 MYT
Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota JPJ dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada anggota JPJ lain. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang anggota JPJ dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada anggota JPJ lain.
  • Kesalahan dilakukan antara Januari 2019 hingga Disember 2020, melibatkan rasuah berjumlah RM4,250 untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang membawa lebih muatan.
  • Hukuman penjara berjalan serentak, dan peguam memohon penangguhan hukuman untuk memfailkan rayuan, dengan jaminan dinaikkan kepada RM22,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, selepas dia didapati bersalah melakukan kesalahan itu.
Mengikut pertuduhan, Che Fadzlie Izwan didakwa memberi rasuah berjumlah RM4,250 kepada anggota JPJ lain sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan.
Kesalahan itu dilakukan dalam lapan perjumpaan berasingan di JPJ dalam daerah Melaka Tengah antara Januari 2019 hingga Disember 2020 dan pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Hakim Elesabet menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula pada hari ini.
Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili Che Fadzlie Izwan memohon penangguhan hukuman penjara dan denda bagi membolehkan anak guamnya memfailkan rayuan.
Hakim Elesabet membenarkan permohonan penangguhan hukuman dengan syarat notis rayuan perlu difailkan hari ini dan jaminan terhadap lelaki itu dinaikkan kepada RM22,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota JPJ
#SPRM
#pengusaha lori
#Che Fadzlie Izwan Che Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan