Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, yang ditempatkan di Hotel Everly di sini, mengadakan majlis bacaan Yasin hari ini bagi memohon misi pencarian pesawat berkenaan dipermudahkan.
Antara yang hadir ialah anggota keluarga kepada penumpang, Mohd Razahan Zamani dan isteri Norli Akmar Hamid, Khairul Amri Selamat dan Suhaili Mustafa.
Menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pahang di Ibukota Datuk Mustaffa Mat Yasin yang turut serta dalam majlis, majlis itu juga diadakan untuk mendoakan agar pesawat serta penumpang dapat dijumpai segera.
"Dulu ayahnya selalu bawa anaknya ke pejabat saya dan sejak kecil lagi anaknya telah menunjukkan minat untuk menjadi jurutera," katanya yang mengenali Khairul iaitu anak kepada Selamat Omar sejak kecil, kepada pemberita di sini hari ini.
Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Tue Mar 25 2014

Memohon dipermudahkan misi pencarian - Foto BERNAMA
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.
AWANI Ringkas: Setahun kepimpinan Kerajaan Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius
Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer timur Moscow, diselubungi awan beku dan kabus.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya.

Gandingan Hon Jian-Muhammad Haikal mampu kekal lama – Wooi Yik
Pencapaian dilakar Hon Jian dan Muhammad Haikal dalam kejohanan di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das merupakan permulaan baik bagi mereka untuk kekal bersama.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Niaga AWANI: COP28: Transformasi sistem makanan, depani perubahan iklim
Sekuriti makanan dan perubahan iklim saling berkait rapat. Ia meliputi sistem rantaian makanan termasuk pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan penggunaan serta hubungkait dengan sekuriti makanan dan mitigasi perubahan iklim, ke arah makanan yang sihat dan selamat, di masa akan datang.
Niaga AWANI: Mikrokredit & Pembangunan Modal Insan
Mikrokredit memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dengan memberikan bantuan kewangan kepada perniagaan kecil. Kupasan bersama Dr Mohd Romzee Ibrahim Pensyarah Kanan, SPE, UPM.

Anggota keluarga di Hotel Everly adakan bacaan Yasin
Anggota keluarga yang ditempatkan di Hotel Everly mengadakan majlis bacaan Yasin bagi memohon misi pencarian dipermudahkan.