awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam

Bernama
Bernama
18/05/2013
10:12 MYT
Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam
Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun dengan sabit sebuah Kedai 24 jam di Lebuh Pantai di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pada mulanya terserempak dengan suspek yang menutup mukanya dengan bajunya sambil tergesa-gesa keluar dari premis itu sebelum melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi, kira-kira 5 pagi.
"Anggota kita yang mengekori suspek berjaya menahan suspek yang berusia 26 tahun itu di lampu isyarat Lebuh Carnavon tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan ke atasnya mendapati suspek turut memiliki sebilah sabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sabit itu dipercayai digunakan untuk mengugut pekerja kedai itu untuk menyerah hasil jualan premis berkenaan.
Suspek yang sudah berkeluarga dan tidak mempunyai rekod jenayah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#anggota penguatkuasa
#ditahan
#kedai 24 jam
#MPPP
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan