IPOH: Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu itu akan melibatkan mereka yang menjalankan penguatkuasaan termasuk operasi penangkapan haiwan jalanan, lawatan semakan lesen perniagaan dan pemantauan isu sampah haram.
"Ini bertujuan meningkatkan tahap ketelusan dengan memastikan hak dan kepentingan antara penguatkuasa dan masyarakat terlindung, dan pembuktian rakaman akan membantu jika berlaku sebarang isu semasa proses penguatkuasaan," katanya pada sidang media, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, ketika ini kajian terperinci sedang dilakukan berhubung kos dan peruntukan sama ada dapat disalurkan oleh kerajaan negeri atau diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan berikutan kelengkapan teknologi itu boleh didapati dalam harga yang mampu disediakan bagi kesemua 15 PBT yang terdapat di Perak.
Katanya, penguatkuasaan SOP baharu itu tidak melibatkan pindaan akta dan garis panduan mengenai data privasi pengguna juga akan ditetapkan sebelum penggunaannya bermula, dan dijangka selesai sebelum suku pertama tahun hadapan.
Sementara itu, Sandrea menafikan dakwaan bahawa anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menangkap anjing dengan mencekik leher tanpa menggunakan jaring dalam Operasi Tangkapan Anjing di sekitar kawasan Lahat Mines di sini seperti tular di laman Facebook baru-baru ini.
Beliau berkata, tangkapan anjing di dalam 'distres' itu adalah berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan proses membuat tangkapan berkenaan dilakukan mengikut prosedur menggunakan penyauk berjaring dan gelung penjerut.
Menurutnya, sehingga Oktober lepas, pihak MBI telah menerima 1,393 aduan berkaitan anjing jalanan dan daripada aduan itu 1,211 ekor anjing jalanan telah ditangkap.
"Kerajaan Perak melalui Jawatankuasa Haiwan Jalanan sedang merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan aduan berkaitan anjing jalanan hingga mendatangkan kebimbangan dan kecederaan kepada masyarakat.
"Penyelesaian jangka pendek akan diambil dengan memfokuskan dari sudut penguatkuasaan dan kempen kesedaran. Bagi jangka panjang pula, kita akan lihat sistem pelesenan yang perlu diperketatkan kerana kita mahu pemilik haiwan peliharaan ini lebih bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
![Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701955762_TBSandreaNgShyChi.jpg)
Sandrea berkata, SOP baharu itu akan melibatkan mereka yang menjalankan penguatkuasaan termasuk operasi penangkapan haiwan jalanan, lawatan semakan lesen perniagaan dan pemantauan isu sampah haram. - Gambar keadilanrakyat.org
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701955762_TBSandreaNgShyChi.jpg)
Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.