awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PGA jatuh bot ditemui lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2021
04:32 MYT
Anggota PGA jatuh bot ditemui lemas
Mangsa yang ditemui lemas pada pagi Ahad diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -Foto JBPM Perak
SITIAWAN: Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh di laut ketika menangkap ikan di perairan Lekir berhampiran Pelantar Nelayan Batu 8 Lekir, di sini pada Ahad.
Ketika kejadian, mangsa, Nurman Hafiz Nordin, 35, difahamkan seorang anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menangkap ikan bersama abang dan anak saudara dalam perjalanan pulang ke pelantar di Batu 8, Lekir, di sini pada malam Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.09 malam pada Sabtu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dengan dibantu BBP Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa yang lemas merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun terjatuh dari bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan.
"Maklumat daripada nelayan, salah seorang daripada mereka terjatuh dari bot yang berpusing ketika menangkap ikan. Dua daripada mereka selamat manakala seorang lagi hilang.
"Mangsa yang hilang itu dijumpai pada jam 8 pagi tadi (Ahad) pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa disyaki terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, operasi yang bermula sejak malam Sabtu itu dihentikan jam 9.30 pagi Ahad selepas mangsa ditemui.
Katanya, mangsa yang ditemui itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#perairan Lekir
#Pelantar Nelayan
#Nurman Hafiz Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan