Skip to main content

Dunia

Kapal penumpang Indonesia bawa 243 orang terputus hubungan, operasi mencari dilancar

"VIRGO TRANSPORT 8" is the former "Ferry Kurushima," and it has been reported that it sank in the early morning hours en route from Surabaya to Banjarmasin. The exact cause is currently under investigation.
Kedudukan terakhir kapal itu dikesan di Laut Jawa, kira-kira 148 kilometer dari jeti di Banjarmasin. - Foto X/Namisena
Advertisement

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa 243 orang dilaporkan terputus hubungan ketika belayar di Laut Jawa.

Menurut pihak berkuasa, kapal Virgo Transport 8 dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur menuju ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan, apabila mengalami gangguan komunikasi.

Pejabat Mencari dan Menyelamat Banjarmasin memaklumkan kedudukan terakhir kapal itu dikesan di Laut Jawa, kira-kira 148 kilometer dari jeti di Banjarmasin.

Ketua operasi agensi penyelamat Banjarmasin, Arianto Ardi, mengesahkan pihaknya telah kehilangan hubungan dengan kapal berkenaan dan anggota penyelamat telah dihantar ke kawasan yang dikenal pasti.

Menurut laporan awal, pengendali kapal memaklumkan insiden itu selepas menerima maklumat bahawa kapal berkenaan berdepan cuaca buruk semasa pelayaran.

Setakat ini, tiada laporan mengenai mangsa yang cedera atau terkorban.

Indonesia kerap berdepan insiden maritim berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta penggunaan pengangkutan laut yang meluas di negara kepulauan terbesar dunia itu.

Operasi mencari masih diteruskan bagi mengesan kapal dan kesemua penumpang serta anak kapal yang berada di dalamnya.

Must Watch Video

Advertisement