awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis antara empat diberkas dalam Ops Cantas Khas

Bernama
Bernama
18/10/2013
08:18 MYT
Anggota polis antara empat diberkas dalam Ops Cantas Khas
Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.
Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, katanya dalam sidang media hari ini.
Abdul Aziz berkata polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.
"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.
Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.
"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Salleh
#Dadah
#Ops Cantas
#Ops Tapis
#Taman Bahagia Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan