KOTA KINABALU:Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tentera di Simpang Marabahai Spurs, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, ketiga-tiga mangsa masing-masing merupakan penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta jenis Perodua Kancil, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Jul Amri Shamsudin, 25, Il Yasa Shamsudin, 35 dan Koperal Shamsully Adly, 45.
Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim, siasatan awal mendapati lori jenis lori HINO itu yang dipandu seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari Tamparuli menuju ke Tenghilan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego dinaiki dua mangsa dipercayai tiba-tiba keluar daripada simpang Jalan Marabahai Spurs menyebabkan lori dipandu anggota ATM tersebut gagal mengelak lalu berlakunya pertembungan," katanya.
Jelas Hamizi, ekoran daripada itu kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal terbabit kemudiannya terseret ke laluan bertentangan dan parah di bahagian anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
'Pada masa yang sama trak tentera tersebut telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 45 tahun dari arah Tenghilan.
"Pemandu tersebut merupakan seorang anggota Polis yang baru selesai bertugas di Balai Polis Kota Belud untuk balik ke rumah di perumahan Bolong Tuaran.
"Semasa kemalangan, lori ATM yang telah hilang kawalan setelah bertembung dengan motosikal, telah terlanggar kereta mangsa yang berada di susur jalan bertentangan sehingga mengheret kenderaan berkenaan hingga ke atas pembahagi jalan," katanya lagi.
Menurut beliau, anggota polis berpangkat Koperal itu turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Feb 06 2021
Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ATM di Tuaran pagi tadi. - Foto ihsan polis
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu
Seorang anggota polis bantuan maut apabila kereta dipandu terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan sembilan ekor lembu di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Felda Sahabat 16.
Serangan balai polis Ulu Tiram: "Saya tak faham, saya tiada senjata" - Ahli keluarga suspek
Tertuduh pertama Radin Imran Radin Mohd Yasin mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya apabila dia didakwa menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon
Seorang anggota polis dan jururawat meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon , Pulau Pinang.
Polis Kedah buru saki baki suspek kejadian berbalas tembakan di Gurun
Polis Kedah sedang melakukan operasi memburu saki baki suspek dalam kejadian tembak menembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun.
Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh
Nahas melibatkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah lori kontena jenis Hino membawa muatan air kotak, dua treler masing-masing sepanjang 12 meter membawa muatan besi dan kayu palet.
Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung
Koperal Ahmad Ibrahim ambil cuti dua hari hantar keluarga balik kampung sambut raya sebelum kembali semula ke Klang untuk bertugas.
Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE
Mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
Anggota polis maut dilanggar bas
Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal lain di hadapan.