PENDANG: Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap seorang tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun, pada Sabtu.
Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan empat pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan operasi di kawasan terbabit jam 7 petang.
Beliau berkata, ketika itu anggota polis melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri berhampiran motosikalnya sambil memegang plastik hitam.
“Anggota menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai polis dan ketika cubaan menahannya, suspek terus melepaskan plastik hitam dipegang.
"Ketika itu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di pinggang dan menyerang anggota polis.
“Ketika itu berlaku pergelutan dan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 20-an mengalami kecederaan di kedua-dua betis akibat ditikam suspek serta bengkak pada tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Wan Hassan berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan dan siasatan lanjut mendapati plastik hitam dibawanya mengandungi dadah disyaki heroin dan ganja.
Katanya, suspek kini ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seskyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 186 KK.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 09 2022

Anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 20-an mengalami kecederaan di kedua-dua betis akibat ditikam suspek. - Foto PDRM

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Malaysia Madani | Hormat dan saling percaya penting untuk ubah landskap politik
Hormat dan saling mempercayai adalah penting untuk mengubah landskap politik Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia merupakan sebahagian elemen dalam konsep Madani yang diperkenalkannya yang bertujuan memastikan pembangunan negara tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Jeti runtuh Pulau Pababag: KPM siasat insiden, arah sediakan laluan lebih selamat
KPM telah meminta agar kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

Anggota polis cedera ditikam bergelut dengan tokan dadah
Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun.