NATIONAL
Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh.
- Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 26 November, melibatkan jongkong emas, wang tunai, dan telefon bimbit.
- Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 22 Januari tahun depan untuk sebutan kes.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pudu, Dang Wangi di sini pada 12.25 tengah hari hingga 3.15 petang, 26 Nov lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih berkhidmat dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk tiga anak.
Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan tahun depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami