KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap, tiga tahun lepas.
Muhamad Alif Abdul Jamal, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Menurut pertuduhan, Muhamad Alif yang ketika itu bertugas di Lokap Balai Polis Chukai didakwa menerima suapan RM1,000 pada 17 April 2021 dan RM450 pada 30 Nov tahun sama daripada Jainah Mohamed Abdullah untuk membawa masuk tembakau ke dalam lokap balai polis terbabit kepada Mohd Firdaus Mohd Zahid.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa Nur Raihan Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.
Mariah mencadangkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengemukakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mendekati saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri pada SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.
Masliela merayu agar anak guamnya ditawarkan jaminan yang rendah memandangkan anak bongsu kepada tiga beradik itu menanggung ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.
Hakim Mohd Azhar seterusnya mengarahkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pasukan pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Muhamad Alif Abdul Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. - Foto Bernama
EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris
Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) Terbaik tahun ini selepas membawa Manchester City memenangi gelaran keempat berturut-turut.
Pewaris keris dipercayai milik Hang Tuah tidak pernah terfikir untuk jual artifak
Dua artifak itu diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka untuk dijadikan salah satu bahan menarik bagi tatapan orang ramai.
Elak jemu, 42 menu disedia kepada 31,600 jemaah haji Malaysia
Menu yang sama hanya akan dijamah semula oleh jemaah haji Malaysia selepas tiga minggu.
Pantau Belanjawan: Landskap hartanah | Pinjaman meningkat, adakah rumah mampu milik?
Menurut Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan bertajuk The Financialization of our Lives: Values and Trade-Offs, kredit perumahan telah mengambil bahagian terbesar daripada jumlah pinjaman isi rumah dan ia telah meningkat secara berterusan daripada 36% pada tahun 1997 kepada 60.5% pada tahun 2023. Bagaimana ini mencerminkan keupayaan pembeli memiliki rumah mengambil kira penetapan kos harga rumah semasa?
Kupasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital, Faizul Ridzuan.
Kupasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital, Faizul Ridzuan.
Apple cabar denda €1.8 bilion dikenakan EU
Apple kini membenarkan stor aplikasi alternatif hanya di EU tetapi masih mengenakan bayaran untuk memastikan setiap aplikasi yang ditawarkan pada stor alternatif adalah selamat.
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.