awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pewaris keris dipercayai milik Hang Tuah tidak pernah terfikir untuk jual artifak

Bernama
Bernama
22/05/2024
04:15 MYT
Pewaris keris dipercayai milik Hang Tuah tidak pernah terfikir untuk jual artifak
Ab Rauf (kiri) menunjukkan Keris Sundang yang dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah. - Foto BERNAMA
MELAKA: Walaupun pernah ditawarkan harga lumayan hingga mencecah angka RM1 juta, pewaris Keris Sudang dan Keris Hukum berusia kira-kira 600 tahun yang dipercayai milik Laksamana Hang Tuah berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjual artifak warisan keluarga yang baginya tidak ternilai harganya itu.
Tun Muhammad Amin Tun Ahmad, 49, yang mengaku sebagai waris ke-11 pahlawan Melayu tersohor itu berkata beliau dan keluarganya pernah dikunjungi pihak yang cuba mendapatkan beberapa artifak yang dimiliki seperti Meriam Rentaka, namun mereka tidak pernah berniat untuk menjualnya.
"Ia peninggalan yang diwarisi turun-temurun, ia amat besar nilainya berbanding wang," kata beliau yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau di Indonesia kepada pemberita di sini.
Dua artifak iaitu Keris Sundang dan sepasang Keris Hukum dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang diwarisi turun temurun sejak kira-kira 600 tahun lepas. - Foto BERNAMA
Dua artifak iaitu Keris Sundang dan sepasang Keris Hukum dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang diwarisi turun temurun sejak kira-kira 600 tahun lepas. - Foto BERNAMA
Dua artifak itu diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk dijadikan salah satu bahan menarik bagi tatapan orang ramai di Pameran Hang Tuah yang dijadualkan berlangsung di sini pada bulan Jun ini.
Sementara itu Tun Muhammad Amin berkata bagi Pameran Hang Tuah nanti selain keris, ada beberapa lagi peninggalan lain antaranya gelang, buku catatan dan salasilah keluarga, juga akan dipinjamkan untuk dipamerkan kepada orang ramai di pameran itu nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hang Tuan
#Meriam Rentaka
#Keris Sudang
#keris hukum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan