awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LKIM salur bantuan kepada 49 nelayan keseluruhan berjumlah RM93,600
Kerajaan kaji penyaluran bantuan Sejahtera MADANI pelajar sekolah menengah
Inisiatif bas sekolah percuma akan diperluaskan - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis dikenal pasti terlibat insiden tampar di stesen minyak

Bernama
Bernama
12/01/2026
12:00 MYT
Anggota polis dikenal pasti terlibat insiden tampar di stesen minyak
Polis mengesahkan individu terlibat dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, yang tular di media sosial, seorang anggota polis. - Foto tular/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan individu terlibat dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini yang tular di media sosial, seorang anggota polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintenden Azrol Anuar Nor berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 6.50 petang semalam.
"Individu terlibat dikenal pasti anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara dan sedang bercuti semasa kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azrol Anuar berkata setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan kejadian, namun mangsa terlibat telah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengesannya bagi membantu siasatan.
Beliau berkata polis memandang serius dakwaan kesalahan atau salah laku yang melibatkan pegawai dan anggota serta memberi jaminan siasatan dilakukan dengan telus, adil dan berintegriti.
"Sehubungan itu, satu siasatan dalaman telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan atau tatakelakuan yang ditetapkan," katanya
Azrol Anuar menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung insiden itu dan mengalu-alukan kerjasama mereka yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.
Terdahulu, satu video berdurasi 33 saat tular memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang membonceng seorang wanita ditampar lelaki didakwa anggota polis di sebuah stesen minyak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#tampar
#Polis Daerah Johor Bahru Utara
#Taman Perling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan