awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
Doktor didakwa bunuh isteri, anak di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis marin ditemui mati dalam kereta

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
15/08/2017
13:37 MYT
Anggota polis marin ditemui mati dalam kereta
Seorang anggota polis marin berpangkat Koperal ditemui maut dalam sebuah kenderaan berhampiran lampu isyarat Taman Kota Jaya,Simpang, di sini pada awal pagi Selasa. - Foto Astro AWANI
Seorang anggota polis marin berpangkat koperal ditemui meninggal dalam sebuah kenderaan berhampiran lampu isyarat Taman Kota Jaya, Simpang, di sini pada awal pagi Selasa.
Mangsa, Koperal Mohd Fadzil Ariffin, 50 tahun, maut setelah dipercayai terkena serangan jantung di dalam kenderaan Perodua Viva miliknya di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Abd Hamid berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri daripada orang awam sekitar jam 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati mangsa keluar daripada rumah di Parit Buntar sekitar 4.50 pagi dengan memandu kenderaan berseorang menuju ke tempat kerja di Pengkalan Polis Merin Kg Acheh, Sitiawan.
"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum orang awam menyedari mangsa tidak sedarkan diri.
"Siasatan di tempat kejadian dan tubuh mangsa menunjukkan tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini pada malam Selasa.
Katanya, polis kemudian menghubungi pihak perubatan yang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat di Hospital Taiping mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Razlam berkata, mangsa turut meninggalkan seorang isteri yang bekerja sebagai seorang guru serta tiga orang anak perempuan.
Topic Berkaitan
#Koperal
#Koperal Mohd Fadzil Ariffin
#maut
#polis marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan