JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis bersama seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengedar dadah pada 23 September lalu.

Pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, C. Harethaess, 28 tahun dan P. Darshan, 19 tahun di hadapan Majistret Suhaila Shafi’udin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram di tempat letak kereta Pusat Jagaan Kesihatan di Johor Bahru.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 395b (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Kes dikendalikan Nur Aina Syakira Mohd Syafiq Sim.

Tertuduh, P. Darshan diwakili peguam Muhammad Firdaus Adnan, Muhamad Wafiq Hadie dan Amer Ashrhaf Azuddin.

Sementara Harethaes pula tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes pada 5 Disember hadapan  untuk serahan laporan kimia.