IPOH: Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketiga-tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 37 hingga 42 tahun.
"Ketiga-tiga mereka telah direman selama tiga hari bermula hari ini (Selasa) bagi siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan berkaitan kes itu diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas ia dilengkapkan.
"Siasatan dalaman turut dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman terhadap anggota terbabit. Kita juga meminta mangsa yang terlibat dalam kes ini tampil memberikan kerjasama agar siasatan dapat dilengkapkan dengan kadar segera," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata pihak polis memandang serius terhadap salah laku yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota berkenaan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan perbuatan seperti itu.
"Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh melalui talian 05-2542222," katanya.
Pada 28 Jan lepas, media melaporkan Polis Bukit Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar dalam platform X, pasangan pelancong dari UK itu disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun polis terbabit memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju. -Gambar fail/Media sosial
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Permohonan sambung reman tiga anggota polis kes tular minta RM100 ditolak
Mahkamah menolak permohonan reman tiga anggota polis bagi membantu siasatan kes meminta wang daripada pelancong warga United Kingdom.
Anggota polis trafik tular minta wang direman tiga hari
Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman tra
Polis trafik didenda RM30,000 terima suapan lindungi lori
Mohd Hanif didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dakwaan peras ugut pesalah trafik Singapura, anggota boleh ditamat perkhidmatan jika bersalah
Anggota polis trafik terbabit kini turut ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai secara serta-merta.
Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung
Koperal Ahmad Ibrahim ambil cuti dua hari hantar keluarga balik kampung sambut raya sebelum kembali semula ke Klang untuk bertugas.
Polis trafik pandu lawan arus, di bawah pengaruh alkohol ditahan
Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi.
Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan
Polis trafik terpaksa lepaskan dua das tembakan selepas sebuah kereta yang dinaik dua lelaki enggan berhentikan kenderaan mereka.
Anggota polis trafik dirempuh ketika sedang bertugas
Seorang anggota polis trafik nyaris mengalami kemalangan jiwa selepas terselamat tanpa sebarang kecederaan akibat dirempuh sebuah kenderaan.