awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota STORM Sarawak digerakkan ke Sebuyau malam ini

Bernama
Bernama
05/05/2016
15:21 MYT
Anggota STORM Sarawak digerakkan ke Sebuyau malam ini
Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang.
Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.
"Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu," katanya.
Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit 'Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm)' digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari sini malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke sini petang tadi.
Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota STORM tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.
Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan.
Topic Berkaitan
#helikopter hilang
#SAR
#Special Tactical Operation Rescue Malaysia
#STORM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan