awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tambahan mungkin diperlukan untuk perketat kawalan sempadan - Polis Kelantan

Bernama
Bernama
30/11/2020
10:23 MYT
Anggota tambahan mungkin diperlukan untuk perketat kawalan sempadan - Polis Kelantan
Menurutnya, insiden yang berlaku antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan sekumpulan penyeludup di Perlis baru-baru ini tidak mustahil akan terjadi di Kelantan. - Foto Bernama
KOTA BHARU:Polis Kelantan mungkin akan meminta tambahan anggota dari Bukit Aman sebagai langkah bersiap siaga dan memperketatkan kawalan sempadan Kelantan-Thailand, kata Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat.
Menurutnya, insiden yang berlaku antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan sekumpulan penyeludup di Perlis baru-baru ini tidak mustahil akan terjadi di Kelantan.
"Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan beralih kegiatan mereka ke sini dan memilih laluan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
"Sepertimana yang kita tahu, kawalan ketat di sempadan utara kini dilakukan dan penyeludup mungkin mencari alternatif ke sebelah sini pula " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Menderma Darah Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan Zairihan Che Haron dan Timbalan Pengarah Perubatan III, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Tengku Anas Fathy Tengku Ahmad.
Shafien berkata pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga dan memantau aktiviti di sempadan tanah air bagi mengekang sebarang penyeludupan dan kini turut memperkemaskan strategi dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata, keadaan sempadan kini agak tenang namun semua agensi keselamatan disaran agar sentiasa dalam keadaan siap siaga.
Walaupun Kelantan kini sedang berdepan dengan musim banjir dan berlakunya peningkatan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang namun pasukan keselamatan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.
Pasukan keselamatan di sempadan termasuk Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 serta Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) kini memperketatkan kawalan dan sentiasa mengawasi segala aktviti haram di sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#Bukit Aman
#Kawalan sempadan
#kelantan-thailand
#Ketua Polis Kelantan
#Shafien Mamat
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan