awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota trafik patah paha terlibat kemalangan ketika tugasan rasmi

Bernama
Bernama
14/07/2024
14:39 MYT
Anggota trafik patah paha terlibat kemalangan ketika tugasan rasmi
Seorang anggota polis trafik berusia 28 tahun patah paha kiri selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van. - Foto polis/Sinar Harian
TUMPAT: Seorang anggota polis trafik berusia 28 tahun patah paha kiri selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Kubang Panjang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sedang menghala ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu.
Beliau berkata anggota berpangkat konstabel itu menunggang motosikal jenis CBX 750 atas tugasan rasmi kawalan lalu lintas sempena lawatan kerja Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor.
"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah van jenis Nissan Vannete C22 dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an yang berada di hadapan anggota itu telah membelok ke kanan.
"Anggota terbabit cuba mengelak ke kanan tetapi gagal dan terlanggar pintu van itu sehingga mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah selepas paha kirinya patah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat Inspektor Ibrahim Usman menerusi talian 010-9069696.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis trafik
#patah paha
#Jalan Kubang Panjang
#Polis Daerah Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan