Anggota UMNO perlu lebih proaktif dalam menangani dan menjawab fitnah yang dilemparkan kepada parti dan pemimpin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata jawapan segera kepada tohmahan itu perlu, agar rakyat tidak keliru, lebih-lebih bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.
"PRU tidak lama lagi. Sama ada kita akan terus memerintah adalah terpulang kepada rakyat. Jadi kita kena bantu pemimpin parti dan presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam memenangi hati rakyat.
"Zaman teknologi maklumat ini fitnah terlalu banyak. Masalah kita ialah tidak menjawab dengan cepat...biar fitnah berpanjangan baharu jawab. Bila tidak jawab segera akan menimbulkan lebih banyak cerita tidak betul," katanya.
Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Karnival Sukan UMNO negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam tadi.
Beliau turut mengingatkan semua wakil rakyat dan ketua bahagian untuk bekerjasama termasuk berkongsi peruntukan yang diagihkan bagi menjaga kebajikan rakyat serta membantu menjimatkan perbelanjaan parti.
Mengulas mengenai karnival sukan itu, Adnan menyifatkannya sebagai platform mengukuhkan ukhuwah antara 14 Bahagian UMNO seluruh negeri selain menambah bilangan anggota dengan pendaftaran baharu 3,515 anggota sepanjang karnival bermula 28 April lalu.
Sebanyak lapan acara dipertandingan iaitu ping pong, bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, sepak takraw, futsal dan bowling.
Pemenang akan mewakili Pahang pada Karnival Sukan UMNO 2016, Mei ini.
Bernama
Sun May 01 2016

ADNAN: Jawapan segera kepada tohmahan itu perlu, agar rakyat tidak keliru, lebih-lebih bagi menghadapi PRU tidak lama lagi. - Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.

UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.

Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.

Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.

Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.