JERANTUT: Dulu strawberi, kini pokok anggur pula memenuhi persekitaran rumah sejak 2020 hingga kini.
Syed Norhaimi Syed Zin, 57, dari Taman Seri Embun di sini mula beralih kepada penanaman varieti anggur jenis manis, 'table grape' sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 2020 lalu.
Menurutnya, sebelum ini, dia menanam anggur jenis masam, 'wine grape' sejak 20 tahun lalu sebelum mencuba varieti 'table grape'.
Bekas kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) itu memberitahu anggur atau nama saintifiknya, Vitis juga menjadi pendapatan sampingannya susulan masyarakat mula membeli anak pokok buah tersebut daripadanya.
"Anak pokok berasal dari Eropah ini ditanam di sekeliling rumah dan dijual setiap satu pada harga antara RM100 hingga RM200 bergantung kepada jenis varieti.
"Dulu saya usahakan strawberi namun kerana ia mudah diserang penyakit menyebabkan saya beralih arah.
"Tanam anggur tidak memerlukan kawasan luas selain kita sendiri boleh tentukan masa untuk keluarkan hasil, ia memerlukan tempoh lapan bulan untuk matang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambahnya, situasi itu juga menyebabkan kawasan rumahnya menjadi tumpuan masyarakat setempat yang tertarik dengan pemandangan dan landskap terhasil.
Ujarnya lagi, iklim Khatulistiwa menyebabkan anggur boleh mengeluarkan hasil lebih kerap berbanding iklim di Eropah hanya sekali untuk sepanjang tahun.
"Namun anggur juga memerlukan penjagaan rapi dengan menggunakan plastik pelindung hujan kerana ia mudah terkena kulat.
"Selain itu anak pokok anggur juga mahal bergantung jenis varieti namun saya percaya harganya akan lebih murah nanti dalam tempoh beberapa tahun memandangkan masyarakat di negara ini sudah mula membuka mata terhadap penanaman anggur," jelas bapa kepada empat cahaya mata itu.
Dalam pada itu, selain memberikan pendapatan sampingan, Syed Norhaimi menyifatkan ia menjadi terapi jiwa buat dia dan isterinya, Sharifah Zuriah Syed Zainal Abidin, 53, kerana lanskap menarik yang terhasil.
"Rasa tenang melihat suasana buah anggur yang bergantungan selain dapat menikmati buahnya yang dipetik di halaman rumah sendiri," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 11 2022
Syed Norhaimi gembira kerana cubaannya menanam anggur membuahkan hasil. -Foto Sinar Harian
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Anggur Jerantut setara buah import
Situasi itu juga menyebabkan kawasan rumahnya menjadi tumpuan masyarakat setempat yang tertarik dengan pemandangan dan landskap terhasil.