awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian banjir besar di timur Libya meningkat lebih 3,000

Bernama
Bernama
12/09/2023
10:42 MYT
Angka kematian banjir besar di timur Libya meningkat lebih 3,000
Lebih 3,000 orang maut manakala ramai lagi mangsa masih belum ditemui selepas banjir akibat Ribut Daniel yang melanda timur Libya. - Foto AP
TRIPOLI (Libya): Lebih 3,000 orang maut manakala ramai lagi mangsa masih belum ditemui selepas banjir akibat Ribut Daniel yang melanda timur Libya, kata seorang pegawai pada Selasa.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, Menteri Kesihatan kerajaan yang dilantik parlimen Othman Abdul Jalil berkata kebanyakan mangsa berada di bandar pesisir pantai Derna.
Bandar dan pekan lain yang terjejas akibat bencana pada hujung minggu itu termasuk Benghazi, Bayda, Al Marj dan Soussa.
Jalil menganggarkan jumlah penduduk yang hilang mencecah ribuan orang, tetapi enggan memberikan angka yang tepat.
Terdahulu, sumber Bulan Sabit Merah Libya memberitahu Anadolu bahawa jumlah kematian di wilayah terjejas mencecah 2,800 orang dengan kebanyakan mangsa mati akibat lemas atau dihempap runtuhan bangunan kediaman.
Kira-kira 7,000 keluarga masih terperangkap di kawasan terjejas, dan operasi menyelamat sedang dijalankan untuk memindahkan mereka, kata sumber itu.
Bulan Sabit Merah Libya turut kehilangan empat kakitangannya semasa membantu dalam usaha menyelamat, menurut pegawai itu.
Ketua kerajaan perpaduan Libya yang berpangkalan di Tripoli, Abdul Hamid Dbeibeh mengisytiharkan semua kawasan yang terdedah kepada banjir sebagai zon bencana, dan mengumumkan tiga hari berkabung.
Residen dan penyelaras kemanusiaan PBB di Libya Georgette Gagnon berkata beliau "sangat sedih" dengan kesan teruk taufan itu, dan menugaskan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyokong pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi di rantau itu.
Laporan awal menunjukkan berpuluh-puluh kampung dan bandar terjejas teruk akibat ribut itu, dengan banjir besar, kerosakan infrastruktur dan kehilangan nyawa, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir besar
#angka kematian
#timur Libya
#Ribut Daniel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan