Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak lelaki warga Indonesia maut, lemas ketika memancing

Keriangan sekumpulan kanak-kanak memancing di sebatang sungai berhampiran Desa Subang Perantau 2, di Subang Perdana, Petaling Jaya berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang tadi. - Foto Sinar Harian
Keriangan sekumpulan kanak-kanak memancing di sebatang sungai berhampiran Desa Subang Perantau 2, di Subang Perdana, Petaling Jaya berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang tadi. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keriangan sekumpulan kanak-kanak memancing di sebatang sungai berhampiran Desa Subang Perantau 2, di Subang Perdana, Petaling Jaya berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa merupakan kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia berusia 11 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.28 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Ikhlas.

Advertisement

“Operasi pencarian mangsa turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam.

“Berdasarkan maklumat awal daripada rakan-rakan mangsa di lokasi, kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika mereka sedang melakukan aktiviti memancing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Ashrul Riezal berkata mangsa kemudian ditemukan di tebing sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 5.10 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement