Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Angkasa, Astro meterai MoU perkukuh kerjasama kandungan untuk rakyat Malaysia

ANGKASA MOU ASTRO
Tai Kam Leong (dua, kiri) bersama Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah (tiga, kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi. - Gambar/ Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Astro dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak, termasuk dalam aspek kandungan dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Komersial (CCO) Astro, Tai Kam Leong berkata, kerjasama itu membuka peluang kepada Astro untuk terus memperluas khidmat kepada rakyat Malaysia, termasuk anggota koperasi di bawah Angkasa.

Menurutnya, Astro sentiasa meneroka produk, program dan kandungan baharu yang bukan sahaja menghiburkan, malah berteraskan maklumat yang sahih serta boleh dipercayai.

“Bagi pihak Astro, kami berbincang mengenai produk-produk baharu, rancangan-rancangan baharu, kandungan-kandungan baharu dan juga informasi yang diberikan daripada komuniti serta masyarakat.

“Kami rasa ia bukan sahaja menghiburkan tetapi juga sahih dan mempunyai tahap kepercayaan yang sangat tinggi,” katanya selepas majlis memeterai MoU berkenaan.

Turut hadir, Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah. 

Beliau berkata, aspek berkenaan semakin penting ketika masyarakat kini terdedah kepada pelbagai kandungan menerusi media sosial dan platform digital.

Jelasnya, kerjasama itu turut memberi ruang untuk menghasilkan kandungan yang lebih dekat dengan budaya serta masyarakat Malaysia.

“Kita harap mendapat peluang untuk memberi khidmat kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan juga anggota-anggota di bawah Angkasa, selain mencari peluang-peluang baharu.

“Ini penting kerana akhirnya kami melihat Angkasa dan Astro mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia dan anggota-anggota,” katanya.

MoU berkenaan menjadi platform bagi kedua-dua pihak meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam penyampaian kandungan dan maklumat yang relevan dengan keperluan semasa.

Must Watch Video

Advertisement