awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah Aman jumpa PM bincang Perjanjian Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2019
08:30 MYT
Anifah Aman jumpa PM bincang Perjanjian Malaysia
Anifah Aman bertemu Dr Mahathir Mohamad pada 1 Mac lalu di Kuala Lumpur. - Gambar Facebook Anifah Aman
PERTEMUAN bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1 Mac lalu berkaitan dengan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurut Ahli Parlimen Kimanis itu, perbincangan yang berlangsung di kediaman Dr Mahathir di The Mines, Kuala Lumpur juga termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia.
"Secara konsisten saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan termasuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum," kata Anifah dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Facebook beliau pada Selasa.
Dalam pertemuan yang sama, Anifah turut menyatakan beliau tidak menghalang seandainya Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan Dr Mahathir ingin melebarkan sayap ke Sabah kerana pekara itu selari dengan norma demokrasi.
"Saya akan tetap menyokong YAB Perdana Menteri dan Kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan.
"Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau," kata Anifah lagi.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Anifah Aman jumpa PM
#Dr Mahathir Mohamad
#kerajaan Persekutuan
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan