KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengajak selebriti dan orang awam untuk sama-sama menjayakan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons bagi menyantuni golongan asnaf.
Annuar berkata selebriti boleh memainkan peranan dengan menghadirkan diri ke program berkenaan atau menaja golongan asnaf seperti fakir miskin, anak yatim serta gelandangan dengan serendah RM3 seorang untuk berbuka puasa di Rumah Prihatin.
Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons adalah program berbuka puasa untuk orang awam terutamanya golongan kurang bernasib baik kelolaan Rumah Prihatin yang dibantu Sukarelawan Wilayah Prihatin (PRIVO) serta menghidangkan masakan "Chef" bertaraf hotel lima bintang.
"Saya harap lebih ramai artis yang popular (hadir) kerana mereka pempengaruh dan dapat mempengaruhi masyarakat ke arah yang positif seperti kebajikan, keprihatinan dan ke arah manusiawi sifatnya dan bukan hiburan semata-mata.
"Saya mahukan kehadiran mereka secara fizikal dan ia bermakna buat masyarakat. Tujuan (Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons) adalah untuk merakyatkan selebriti supaya mereka mengambil peluang pada Ramadan ini dan dapat membuat kerja-kerja amal tanpa berbelanja besar," katanya.
Annuar berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons. Program itu akan berlangsung selama 21 hari bermula hari ini sehingga 1 Mei.
Seramai 305 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar, keluarga B40 pelbagai lapisan masyarakat serta 70 selebriti tanah air antaranya Datuk A Aida, Puteri Sarah, Jasper Suppiah, Hanna Qistina, Dilla Ahmad, Aisah Atan, Uncle Kentang, Ridwan Mustafa, Zoey Rahman, Nafiez Zaidi dan Afzan A Rahman hadir ke program itu pada Isnin.
Pada majlis berkenaan Annuar turut menyampaikan sumbangan kepada 18 pelajar dan dua penjaga Maahad Tahfiz Dhiya'ul Islah.
Sementara itu golongan korporat serta individu yang berminat menyertai atau menaja program berkenaan boleh hubungi talian bebas tol Rumah Prihatin 1 800 88 7997.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
Annuar berucap pada pelancaran Iftar Ramadan Rumah Prihatin di Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto BERNAMA
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.