awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anonymous Malaysia dakwa beberapa laman web kerajaan sudah digodam

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2021
16:16 MYT
Anonymous Malaysia dakwa beberapa laman web kerajaan sudah digodam
Pada Jumaat, sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan.
Menerusi akaun Facebook kumpulan berkenaan, ia mendakwa, laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.
Tindakan mengodam itu didakwa dilakukan pada lewat malam tadi.
Bagaimana semakan Astro AWANI mendapati hampir semua laman web itu berfungsi dengan baik, kecuali laman web kerajaan negeri Perak, yang tidak boleh diakses.
BACA: Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
BACA: Siapa penggodam 'Anonymous Malaysia'? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia
Pada Jumaat, sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anonymous Malaysia’ memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian menerusi #opswakeup21.
Dalam video berdurasi 3 minit 17 saat, mereka memberi amaran sejak 2015, penipu terus menipu rakyat melalui e-mel, panggilan telefon, media sosial dan aplikasi WhatsApp, dengan menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka seakan-akan mereka melakukan jenayah.
Dakwa mereka, puncanya disebabkan penyedia perkhidmatan kerajaan dan swasta yang mengandungi data peribadi rakyat digodam serta dibocorkan sebelum data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.
Topic Berkaitan
#Anonymous Malaysia
#serangan siber
#PDRM
#Anonymous
#cyberpunk
#Laman web
#godam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan