5 Mei 2013 detik sejarah bagi Malaysia. Selang seminggu kemudian, 11 Mei, hari ini dalam sejarah buat Pakistan. Kedua-duanya alami peristiwa penting dalam memastikan demokrasi yang subur terus digerakkan demi rakyat. Jutaan warga Malaysia dan Pakistan masing-masing menjadi hakim, pemutus siapa yang mereka mahukan untuk mentadbir negara bagi penggal lima tahun akan datang.
Walaupun prosesnya sama, tidak seperti Pakistan, pilihan raya di Malaysia berlangsung aman, tanpa ada kekacauan yang menjejaskan keselamatan negara. Harga keselamatan bukan gadaian di negara ini. Atas sebab tahap keselamatannya dipelihara, bilangan pengundi catat peratusan tertinggi, 84.5 % berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sepanjang kempen, lebih 134 orang terbunuh di Pakistan, sekali gus dianggap pilihan raya paling berdarah di negara itu dalam sejarahnya. Ratusan ribu anggota tentera dikerah bagi mengawal keselamatan dan proses pengundian. Malah, sempadan dengan Iran dan Afghanistan turut ditutup bagi mengekang kemasukan militan asing. Hasilnya, mereka yang keluar mengundi dicatatkan sebanyak 60%, tetapi lebih tinggi berbanding pada 2008 iaitu hanya 44%.
Analisis keputusan pilihan raya Malaysia menjurus kepada adanya tsunami pengundi kaum tertentu. UMNO sebagai parti terbesar kaum Melayu mencatatkan prestasi lebih baik pada pilihan raya umum ke-13, tetapi tidak bagi MCA, yang mewakili kaum Tionghua. Ini mendorong satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengkaji prestasi buruk MCA sebagai komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah.
Di Pakistan, lain pula tsunaminya. Aura legenda kriket, Imran Khan ternyata luar biasa kali ini. Kempen-kempennya secara agresif sejak awal membuahkan hasil apabila parti pimpinannya Pergerakan Untuk Keadilan (PTI) berkesudahan mendapat tempat kedua. Lebih dari itu, prestasinya luar biasa apabila memperoleh banyak kerusi yang dipertandingkan berbanding tewas teruk pada proses 2002 dan 2008.
Sokongan luar biasa terhadapnya mendorong satu kesimpulan awal bahawa PTI boleh naik kuasa dan mentadbir Pakistan. Untuk rekod, Pakistan sebelum ini didominasi Parti Rakyat Pakistan (PPP) dipimpin bekas Presiden Asif Ali Zardari. Anak bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto iaitu Bilawal Ali Bhuto turut bertanding atas tiket parti itu di wilayah Sindh. Pada pilihan raya kali ini, ramai tokoh PPP kecundang dengan kesimpulannya ia kekalahan teruk buat parti itu.
Pilihan raya umum ke-13 di Malaysia, tidak berjaya ubah kerajaan yang ada dipimpin BN sejak 55 tahun lalu. Ia adalah kerajaan paling stabil dan paling lama diberi kuasa oleh rakyat untuk mentadbir negara di Asia Tenggara. Maka dengan kejayaan itu, Presiden UMNO, sebagai parti terbesar dilantik menjadi Perdana Menteri. Di sini, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan penggal kedua sebagai ketua negara menjaga kebajikan lebih 28 juta penghuninya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum.
Bagi Pakistan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat mereka kurang kisah menukar kerajaan seperti menukar kereta. Seperti pilihan raya pada 11 Mei lalu, keputusannya memihak kepada Parti Liga Islam Nawaz (PML-N). Pemimpinnya, Nawaz Sharif hampir pasti akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Pakistan yang seterusnya. Untuk rekod, ini akan menjadi kali ketiga beliau bakal jadi Perdana Menteri . Menariknya, kerajaan awam sebelum ini berjaya menamatkan penggal pemerintahannya selama lima tahun sebelum parlimen dibubarkan. Dalam sejarahnya, kerajaan Pakistan beberapa kali menyaksikan kerajaan bertukar ganti angkara rampasan kuasa. Nawaz sendiri naik kuasa kerana rampasan tetapi kali ini, beliau dipilih atas dasar peralihan kuasa secara demokrasi.
Rakyat tidak perlu khuatir apabila BN kekal diberi mandat memerintah Malaysia. Perdana Menteri awal-awal lagi berikrar akan mengotakan janji yang dibuat semasa kempen dan sebelumnya. Janji untuk transformasi akan diteruskan demi iltizam untuk mendahulu dan mengutamakan rakyat. Ucapan tahniah pemimpin dunia mencurah-curah dikirimkan kepada Najib pasca pilihan raya. Pemimpin dunia seperti Perdana Menteri Jepun dan China misalnya mengutuskan bahawa mereka tidak sabar untuk menjalinkan hubungan lebih kukuh dengan Malaysia selepas angkat sumpah jawatan berlangsung.
Pasca pilihan raya Pakistan, rakyat masih bimbang dalam banyak perkara. Ekonomi, sosial dan keselamatan tidak diberi jaminan yang pasti. Ancaman Taliban dan Al-Qaeda kekal jadi cabaran untuk bakal Perdana Menteri, di sini barangkali Nawaz, tangani. Jika keselamatan tidak dipelihara, bagaimana mungkin boleh menggamit panggilan ekonomi ke dalam negara? Pilihan raya Pakistan sendiri diadakan ketika negara itu dilanda masalah ekonomi yang serius dengan tahap pengangguran kekal tinggi. Pemerhati juga ragu-ragu jika Nawaz berkeupayaan memulihkan hubungan dengan tentera khususnya dalam menangani soal keselamatan di sempadan dengan India. Itu belum dikira isu Kashmir, di mana semasa Nawaz mentadbir, Pakistan dan India hampir terjebak dalam perang kerana Kashmir.
Perbandingan dua pilihan raya itu nyata membawa kepada satu kesimpulan lain, alangkah berbeza proses di Malaysia dengan Pakistan. Bahawa, alangkah beruntung berada di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada warganya.
Dr Azlinariah Abdullah
Sun May 12 2013
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.