awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman

Bernama
Bernama
12/07/2024
05:35 MYT
Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman
Pada Rabu, di Dewan Rakyat, Loke dilihat tidak selesa ketika mula bercakap dan tercungap-cungap seterusnya memohon diberikan sedikit masa untuk menenangkan diri. - Foto Astro AWANI
IPOH: Insiden Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.
Beliau berkata Loke dalam keadaan tergesa-gesa kerana sebelum itu beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik tiba di Parlimen.
"Tiada kaitan dengan serangan jantung atau apa-apa (penyakit lain), ia mengenai kecergasan individu sahaja. Kalau sudah berkejar-kejar atau berlari, kadang-kadang boleh tercungap-cungap," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Asean ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini hari ini.
Pada Rabu, Persidangan Dewan Rakyat terganggu seketika apabila Loke dilihat tidak selesa ketika memulakan sesi jawapan lisan dan memohon diberikan sedikit masa untuk bertenang.
Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah untuk mengambil alih sesi berkenaan.
Bagaimanapun, Loke kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Dewan Rakyat
#sesak nafas
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan