awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2024
23:00 MYT
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
Anwar berucap pada Rumah Terbuka MADANI 2024 peringkat negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung malam tadi. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 1,000 orang yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar.
"Kita mahu keluarkan kumpulan ini daripada miskin tegar kepada miskin," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Menurut beliau, walaupun ada pihak yang mempertikaikan usaha itu ia tetap akan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang komited dalam menyokong usaha tersebut.
"Pengarah ICU JPM (Jabatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) beritahu, dia boleh selesaikan dalam tempoh dua bulan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)," ujarnya.
Pada petang Khamis, Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan untuk berbincang mengenai pembangunan negeri itu.
Perjumpaan tersebut diadakan selepas Perdana Menteri meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa satu, yang mula beroperasi semalam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#kemiskinan di Kelantan
#kerajaan pusat
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan