awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
FINAS kaji semula permohonan 'Itui Suli Suli Bajau!' untuk Skim Wajib Tayang
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar berlepas ke Doha, hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC

Bernama
Bernama
14/09/2025
11:29 MYT
Anwar berlepas ke Doha, hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, pada 7 malam. - Foto Bernama
SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha, Qatar malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang dijadual berlangsung Isnin, di ibu negara berkenaan.

Ringkasan AI
  • PM Anwar Ibrahim berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam pada Isnin atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.
  • Sidang kemuncak bincang serangan Israel ke atas Doha yang didakwa menyasarkan kepimpinan Hamas; resolusi bersama negara anggota OIC dijangka diluluskan.
  • Anwar akan sampaikan Kenyataan Negara, menegaskan pendirian Malaysia menentang pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel dan menyokong hak rakyat Palestin.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, pada 7 malam.
Anwar menghadiri sidang kemuncak tergempar itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani susulan perkembangan terkini membabitkan serangan Israel terhadap negara itu.
Delegasi Anwar disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar dan kemudian akan disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika di Qatar.
Hadir mengiringi Perdana Menteri di Pangkalan Udara TUDM ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak tergempar itu bagi menegaskan pendirian tegas Malaysia bahawa keamanan serantau dan dunia terancam sekiranya Israel terus mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan penyertaan Perdana Menteri dalam persidangan berkenaan menunjukkan sokongan penuh dan solidariti terhadap Qatar, selain kesinambungan usaha Malaysia mempertahankan hak rakyat Palestin serta mengecam kekejaman dan keganasan Israel.
Menurut kenyataan itu, satu resolusi yang menggariskan tindakan dan pendirian bersama negara anggota dalam menangani perkembangan tersebut dijangka diluluskan pada sidang kemuncak berkenaan.
Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang dihadiri pemimpin dan wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan didahului Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri Arab-Islam awal hari ini (14 Sept).
Persidangan itu antara lain akan membincangkan perkembangan mutakhir di Gaza, Palestin dan serangan ganas Zionis ke atas wilayah berkenaan yang sebelum ini disifatkan Anwar sebagai amat melampau.
Menurut laporan media antarabangsa, sidang kemuncak tergempar itu diadakan bagi membincangkan serangan Zionis ke atas Doha pada 9 Sept lepas yang didakwa menyasarkan kepimpinan politik Hamas yang ketika itu bermesyuarat mengenai cadangan gencatan senjata Gaza disokong Amerika Syarikat.
Serangan di kawasan Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, mengorbankan enam orang termasuk anak kepada pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, sementara pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam
#Doha
#oic
#serangan Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan