Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa persidangan Dewan Rakyat yang singkat pada 18 Mei ini disebabkan kerajaan tidak mempunyai keyakinan terhadap barisan Ahli Parlimen sendiri.
Beliau mendakwa, kemungkinan ada Ahli Parlimen yang kecewa selepas tidak tersenarai untuk menjadi menteri atau dilantik sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Saya percaya kemungkinan besar kerajaan tidak ada keyakinan (terhadap) Ahli Parlimen sekarang... harap dapat (jadi) menteri tetapi tidak dapat, jadi mereka lompat... tidak dapat GLC, lompat.
"Dunia politik ini ibarat katak dan bukan nilai dan prinsip," katanya semasa sidang secara langsung di laman Facebook rasminya pada Khamis.
Sebelum ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata Persidangan Dewan Rakyat hanya akan menyaksikan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jelasnya, pindaan itu dibuat selepas menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: Parlimen: Tiada sidang, hanya Titah Diraja
Dalam pada itu Anwar turut berharap, rakyat dapat mengambil iktibar dan memilih pemimpin yang mempunyai idealisme serta mempertahankan prinsip dalam apa juga keadaan.
Tegasnya, rakyat juga harus mengelak untuk memilih pemimpin yang cenderung untuk membuat pertimbangan 'jual beli' dalam politik berdasarkan keadaan yang memihak kepada situasi tertentu.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk menjalankan sidang selama satu hari yang akan menyaksikan beberapa usul akan dibentangkan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, ia mendapat reaksi berbeza daripada Pakatan Harapan serta sekutunya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mendesak supaya sidang Dewan Rakyat bersidang secara penuh atau sekurang-kurangnya dua minggu.