MALAYSIA
Anwar diberi sambutan rasmi, perkukuh hubungan Kuala Lumpur-Paris

Mengiringi Anwar mewakili kerajaan Perancis adalah Menteri Ekonomi, Kewangan dan Kedaulatan Industri serta Digital Perancis, Eric Lombard. - fotoBERNAMA
PARIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, di sini, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, Paris, sebagai simbol keakraban hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Perancis.
- Upacara tersebut turut dihadiri oleh anggota Kabinet Malaysia dan wakil kerajaan Perancis, serta menandakan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang.
- Perancis merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam EU, dengan nilai dagangan mencecah RM15.95 bilion pada 2024 dan RM6.26 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2025.
Selepas memeriksa kawalan kehormatan, Anwar dan Lombard kemudian diperkenalkan kepada anggota Kabinet mewakili kedua-dua negara.

Selepas memeriksa kawalan kehormatanm Anwar dan Lombard kemudian diperkenalkan kepada anggota Kabinet mewakili kedua-dua negara. - fotoBERNAMA
Anwar dalam kenyataan menyifatkan ia satu penghormatan tinggi yang mencerminkan keakraban dan saling menghormati dalam hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Perancis yang telah lama terjalin.
Katanya, upacara ini turut melambangkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama, serta menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran serta keamanan serantau.
Antara anggota Kabinet Malaysia yang bersama pada majlis ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Perancis merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU) dan juga sumber utama pelaburan langsung asing dalam teknologi tinggi dan sektor strategik.
Pada tahun 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Perancis telah mencatatkan sebanyak RM15.95 bilion (USD3.63 bilion).
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, nilai dagangan adalah sebanyak RM6.26 bilion (USD1.49 bilion).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami