Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dan dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Kanun Keseksaan memperuntukkan dua keadaan bagi seseorang boleh didakwa bagi meliwat; Seksyen 377B yang menetapkan "dengan atau tanpa kebenaran" bukannya intipati dan Seksyen 377C adalah perbuatan meliwat dilakukan tanpa kebenaran atau paksaan terhadap orang lain.
"Ciri penting lain adalah hukuman iaitu undang-undang mengenakan hukuman minimum lima tahun di bawah Seksyen 377C," katanya dalam kenyataan di sini.
Seksyen 337B tidak menetapkan tempoh penjara minimun, katanya.
Beliau berkata Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B berdasarkan budi bicara pihak pendakwaan seperti termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Pendakwa Raya menggunakan budi bicara itu dengan mengambil kira fakta dan keadaan setiap kes dan pastinya bukan secara suka-suka," katanya.
Abdul Gani berkata oleh itu, adalah tidak wajar bagi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk menyatakan Ketua Pembangkang itu sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C.
"Dilihat seolah-olah Presiden Majlis Peguam mencadangkan supaya beliau (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat dan akan mendedahkan Anwar Ibrahim kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun," katanya.
Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Peguam Negara dalam kenyataan itu turut menjelaskan persepsi pihak tertentu bahawa Anwar telah didakwa dan disabitkan bagi 'victimless offence' atau 'kesalahan tanpa mangsa' yang jelas tidak disokong.
"Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah individu yang menderita. Beliau telah memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah berhubung perbuatan yang dialaminya untuk direkodkan," katanya.
Berhubung kenapa Mohd Saiful tidak didakwa bagi bersubahat, Abdul Gani menjelaskan kes itu sama seperti kes rasuah, iaitu dalam kebanyakan kes rasuah, penerima didakwa manakala pemberi digunakan sebagai saksi terhadap penerima.
Beliau turut menafikan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa Anwar, jarang digunakan.
Katanya, berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan polis, sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut seksyen itu dari 2010 hingga 1014, dengan 34 kes didakwa di bawahnya pada tahun lepas.
Sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 337C dalam tempoh lima tahun lepas.
Beliau berkata Anwar telah diberikan hak untuk mendapat perbicaraan adil dan diberikan semua peluang untuk melaksanakan hak perlembagaannya di mahkamah sepanjang prosiding selama enam tahun setengah.
Bernama
Fri Feb 13 2015
Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B berdasarkan budi bicara pihak pendakwaan seperti termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.