awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/01/2023
07:27 MYT
Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura
Anwar Ibrahim (kiri) bersama Lee Hsien Loong (kanan) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman yang ditandatangani Fahmi Fadzil (dua, kiri) dan Josephine Teo (dua, kanan) di Istana Singapura, hari ini. - Gambar BERNAMA
SINGAPURA: Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.
MoU berkenaan dimeterai di hadapan kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dan rakan sejawatnya di Singapura, Gan Kim Yong menandatangani MOU Rangka Kerja bagi Kerjasama Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.
Manakala, MoU bagi Mempromosikan Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital di antara Kementerian Komunikasi Digital dengan Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura.
Malaysia diwakili Menterinya, Fahmi Fadzil manakala Singapura diwakili Menteri, Josephine Teo.
Dalam ucapannya selepas itu, Anwar memberi jaminan kepada rakan sejawatannya bahawa semua bidang tersebut akan diuruskan demi kepentingan bersama.
"Saya bagi pihak rakan malaysia beri keyakinan kepada Perdana Menteri (Lee Hsien Loong), apa saja bidang Ekonomi Hijau itu, ia adalah bidang yang diuruskan kepentingan untuk kedua-dua negara.
"Banyak yang harus dilakukan. Tidak harus ada kebimbangan kerana semua bidangnya sama ada yang boleh dipelajari dari Malaysia atau kita pelajari dari Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di Istana Singapura pada Isnin.
Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut mempelawa Singapura untuk bekerjasama dalam isu keterjaminan makanan dan memastikan usaha bersama itu membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Beliau turut mengalu-alukan lawatan negara yang akan dilakukan Presiden Singapura, Halimah Yacob ke Malaysia dalam masa terdekat.
Delegasi dari Malaysia kemudian menyertai majlis makan tengah hari anjuran Perdana Menteri Singapura sebelum semua bergerak ke lokasi lain untuk program seterusnya.’
Anwar dan delegasi Malaysia kini berada di Singapura bagi lawatan kerja sehari ke negara jiran itu.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Malaysia - Singapura
#PM10
#Lee Hsien Loong
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan