Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya melahirkan perusuh jalanan dan pencabul undang-undang sepanjang kerjaya politiknya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Anwar bertanggungjawab melahirkan pelapis pro-pembangkang yang tebal dengan budaya politik songsang.
"Anwar akan dikenang sebagai pemimpin politik oportunis yang berjaya melahirkan perusuh politk jalanan dan pencabul undang-undang sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat awam," tegasnya dalam catatan terbaharu di blognya http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Kata Syed Ali, budaya politik songsang jelas bertentangan dengan tatasulia dan cara berpolitik rakyat Malaysia.
Anwar katanya, terpaksa menghalalkan cara bagi mencapai cita-cita untuk menduduki Putrajaya dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
"Dulu persekitaran dan perlakuan politik negara ini terkawal dan tertib, tetapi sejak Anwar dipecat daripada UMNO, beliau mula menyuburkan politik ekstrim dan rusuhan di jalanan," ujarnya.
Cara sedemikian tambahnya, juga bercanggah dengan normal-normal masyarakat Melayu.
"Tetapi malangnya, segelintir orang Melayu hari ini menjadi begitu ekstrims kerana terpedaya dengan hasutan budaya politik songsang yang dipelopori oleh Anwsar.
Menurutnya, sepanjang memimpin Pakatan Rakyat (PR) Anwar yang juga Penasihat Umum PKR tidak memberi sebarang sumbangan kepada negara dan rakyat.
Dakwa Syed Ali lagi, pengelibatan Anwar bersama politik oposisi di negara ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.
"Apa yang digembar-gemburkan hanyalah fitnah, hasutan, adu domba dan menanam persespi buruk terhadap kerajaan khususnya UMNO," ujarnya.
Malah katanya, Anwar juga hanya mampu menanam harapan palsu kepada rakyat disamping mengajurkan perpecahan dan perhimpunan haram mengecam parti pemerintah.
Oleh sebab itu katanya, penyokong tegar pembangkang sejak akhir-akhir ini langsung tidak menghormati dan mematuhi undang-undang sedia ada.
Katanya, golongan ini mengetepikan asas dan prinsip undang-undang dengan berterusan memperlekehkan institusi kehakiman dan perundangan negara.
"Hari ini penyokong pembangkang terutama generasi muda langsung tidak menghormati prinsip undang-undang malah berani mencerca dan memperlekehkan pasukan polis," tegasnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang dengan tulisan 'Pecat IGP' di simpang di seberang jalan dari Dewan Bandaraya di Jalan Raja, tidak jauh dari ibu pejabat polis Bukit Aman.
Laporan mengenai tindakan kerterlaluan itu disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, Malaysikini.com pada Khamis.
Kain rentang berukuran 4 meter x 1.8 meter itu dipasang sebagai sebahagian daripada kempen #pecatigp yang dilancarkan oleh Kita Lawan pada Rabu malam.
Mereka menggantung kain rentang itu pada kira-kira jam 10 malam sambil melaungkan pecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Aktivis itu juga turut menggantungkan gambar-gambar dan membuka payung yang membawa mesej anti-IGP.
Kelihatan juga satu karikatur Ketua Polis Negara dengan kapsyen "Bebaskan Twitter!"
Mengulas tindakan tersebut, Syed Ali menjelaskan, itulah 'kejayaan' Anwar melahirkan pelapis dan pelampau politik yang kurang ajar.
"Anwar telah berjaya, berjaya membudayakan satu gerakan politik yang bertentang dengan tatasusuila dan membelakangkan perundangan negara," tegasnya.
Gerakan ini tambahnya perlu dibendung bagi menjamin ketenteraman rakyat dan kestabilan negara terpelihara.
Menyelar perbuatan tersebut, Syed Ali juga mahu pihak polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.
"Hari ini mereka begitu berani mencela Ketua Polis Negara (IGP) dan jika dibiarkan begitu sahaja, mungkin esok lusa mereka semakin ganas dan bertindak melampau," tegasnya.
Jelas Syed Ali, IGP kini menjadi sasaran kecaman dan kritikan kumpulan pro-pembangkang berikutan ketegasan polis menangani ancaman ekstrimis politik.
"Sebagai Ketua Polis Negara, sudah tentu menjadi tanggungjawabnya membanteras mana-mana individu atau pertubuhan politik yang cenderung mencetuskan kegelisahan rakyat dan mengancam ketenteraman awam.
Katanya, pihak polis perlu bertegas dan mana-mana individu yang dikenalpasti dalam perhimpunan haram itu diheret ke muka pengadilan.
"Polis perlu segera memburu individu yang terbabit memasang kain rentang itu bagi meyakinkan rakyat pihak berkuasa tidak berlembut dengan mana-mana pihak yang menggangu ketenteraman awam.
"Selagi polis berlembut dan bertolak ansur, selagi itulah mereka akan berkelakuan kurang ajar dan tidak takut kepada undang-undang," jelasnya.
Astro Awani
Fri Mar 27 2015
SYED ALI: Anwar lahirkan politik songsang, perusuh jalanan dan pencabul undang-undang - Gambar fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.