NATIONAL
PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah

Anwar (kanan) menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat.
- Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.
- Anwar mendoakan kesejahteraan dan kedaulatan Sultan Kedah serta seluruh Kerabat Diraja.
"Usai sesi menghadap, saya menyertai Baginda Tuanku dan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari.
"Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan 'afiyah dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku," kata Anwar.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami