awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah

Bernama
Bernama
02/03/2025
09:06 MYT
Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk mengenai kehadiran haiwan itu. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol, di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima maklumat harimau kumbang memasuki perangkap pada 7.40 pagi.
"Petugas Perhilitan tiba di lokasi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan mengalami kecederaan dan doktor veterinar Perhilitan mengesahkan harimau kumbang itu cedera di bahagian muka dan leher
"Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Faizal Izham, berdasarkan rakaman kamera yang dipasang di sekitar tiga perangkap harimau kumbang mendapati hidupan liar itu cuba memasuki perangkap yang mempunyai umpan kambing namun tidak berjaya kerana bersaiz besar.
"Sehubungan itu, pihak kami membuat keputusan memasang perangkap harimau belang untuk memerangkap harimau kumbang tersebut. Akhirnya memasuki perangkap setelah mengambil masa lebih kurang tiga tahun," katanya.
Beliau berkata haiwan tersebut akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan sebelum pelepasan dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#harimau kumbang
#masuk perangkap
#Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan